
Volume: 1L | 5L

TENACILICONE
Tenacilicone ialah bahan tambahan semburan (spray adjuvant) yang biasanya digunakan bersama racun perosak, namun tidak terhad kepada itu sahaja kerana sifat surfaktannya. Tenacilicone diperbuat daripada sebatian siloksana yang mempunyai tegangan permukaan sangat rendah. Ia dapat mengurangkan tegangan permukaan mana-mana cecair berasaskan air yang dicampurkan dengannya. Pengurangan tegangan permukaan ini membantu meningkatkan kecekapan daun menyerap kandungan larutan semburan.

-
Liputan Lebih Luas
-
Kekal Lebih Lama
-
Penyerapan Lebik Baik

Kelebihan:
MENINGKATKAN PELEKATAN
Tenacilicone membantu bahan kimia melekat pada tumbuhan dan perosak, sekali gus meningkatkan penyerapan bahan kimia.
MENINGKATKAN LIPUTAN
Tenacilicone meningkatkan kawasan liputan bahan kimia, sekali gus meningkatkan pendedahan kepada perosak.
MENGURANGKAN ISIPADU SEMBURAN
Tenacilicone membantu mengurangkan jumlah semburan yang diperlukan untuk mengawal perosak.
MENINGKATKAN KETAHANAN TERHADAP HUJAN
Baja dan racun perosak yang dicampur dengan Tenacilicone lebih sukar dicuci oleh air hujan.
MENGURANGKAN TEGANGAN PERMUKAAN
Tenacilicone mengurangkan tegangan permukaan titisan, membantu bahan kimia menembusi permukaan tumbuhan dan perosak dengan lebih berkesan.
MESRA ALAM
Tenacilicone bersifat inert secara fisiologi dan tidak toksik, serta tidak membahayakan manusia dan haiwan.
Dos Disyorkan:
1 ml bagi setiap 1000 ml larutan (0.1%).
Nota:
Semburkan racun perosak atau baja mengikut dos yang disyorkan pada tanaman 1–2 jam sebelum hujan.
